Sebagaimana yang tertulis di dalam artikel “Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu
Paradoks” karya Dr. Rahmat Ghazali, secara umumnya kebebasan untuk berkarya
di dalam ruang siber sebenarnya masih terikat dengan pelbagai akta yang dikawal
oleh kerajaan walaupun baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun
Razak telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Rakyat sekarang
telah bebas untuk menulis apa sahaja di ruang siber bagi meluahkan pendapat dan
idea mereka tentang sesuatu perkara tanpa mengira sensitiviti pihak lain. Makian,
cacian dan kutukan yang tidak berasas merupakan perkara biasa di alam siber.
Sejauh manakah kebebasan siber dapat menjamin kestabilan perpaduan di Malaysia?. Kebebasan siber yang diberi telah disalah gunakan oleh pelbagai pihak untuk meraih perhatian tanpa mengetahui ianya akan mengundang pelbagai masalah di dalam negara.
Cukuplah kita mengambil 2 akta iaitu Akta Hasutan 1969 dan Akta Fitnah 1957 sebagai contoh. Sejauh manakah pihak berwajib mampu untuk memantau bahan-bahan dan kandungan di ruang siber ini dari terus menghasut dan memfitnah.
Di samping itu, semangat perkauman di Malaysia yang
kuat telah mendorong tertubuhnya pelbagai versi kelompok masyarakat yang bukan
sahaja hanya berjuang untuk bangsa masing-masing, tetapi juga berjuang untuk
parti politik, kelab peminat dan pelbagai lagi gerakan-gerakan pertubuhan. Semangat
asabiyyah menjadikan mereka agresif apabila disentuh. Keadaan ini telah
menyebabkan pelbagai berita dan isu yang kumpulan-kumpulan ini wujudkan di
ruang siber sebagai medan
untuk mereka berbalas idea. Idea-idea inilah yang kadang-kala boleh diragui
kesahihannya dan berita-berita inilah yang akan mengundang fitnah. Sebagai hasilnya,
golongan-golongan yang malas untuk mengkaji pula akan menerima berita ini
bulat- bulat dan menyampaikannya pula kepada orang lain. Sudah tentu kita tidak
mahu situasi darurat membelenggu negara jika isu-isu sensitif seperti sentimen perkauman dibangkitkan.
Diharapkan konsep 1 Malaysia
yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib ini tidak indah hanya pada gaya dan sebutan sahaja. Buktikanlah
bahawa rakyat Malaysia
boleh bersatu.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun dan bertanggungjawab, haruslah diingatkan bahawa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Berfikirlah dengan rasional apabila hendak membuat kenyataan di alam siber. Sesungguhnya kebenaran di alam siber ini masih samar.



No comments:
Post a Comment