Sunday, 6 May 2012

ONLINE JOURNALISM SUPPORT DISSIDENT VOICE


Electronic media nowadays become most popular for readers because it is really fast in spreading news. The effectiveness of electronic media such as online journalism has make blogs as a medium for journalist to publish their story instead of online newspaper. For sure any voice can be heard through this medium.

We can see a lot of blogs published a story about something that we can never see in the mainstream media. It is because this type of story never got a chance to be published in mainstream media. Mainstream media that have been control by government are not suitable for people from the other side especially the opposition party followers. People need to know the entire incident that happen in the country and we can’t get all the information about it in mainstream media.



Online journalism is the best medium for these people so that their dissident voice can be heard and be published without any barriers from the government. It is believed that the followers of the dissident voice only trust online media to get the information. For sure online journalism can be part of people’s voice from the root. Through this medium, they can disseminate news from their very own perception so that people can think wisely before make a decision.

It should not be a big deal if radical peoples use online media as their medium to spread their words.

Friday, 4 May 2012

bayang


bayang hitam itu
yang menjadi peneman
kala cerah tanpa selindung

bayang hitam itu
mengekorinya taksub
musuh pada yang kelam

bayang hitam itu
hilang tiada lagi peneman
sampai masa tidak bertuan

Wednesday, 25 April 2012

keawangan

selalu ku impikan hikayat nikmat
yang di dalamnya
ada kemewahan
ada kesenangan
ada kebahagiaan
ada kehidupan
bila terasa kosong
aku akan pergi ke sana
mencari yang tiada
mencari yang belum sempurna
semoga aku diberikan pilihan

KEBENARAN YANG SAMAR


Sebagaimana yang tertulis di dalam artikel “Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu Paradoks” karya Dr. Rahmat Ghazali, secara umumnya kebebasan untuk berkarya di dalam ruang siber sebenarnya masih terikat dengan pelbagai akta yang dikawal oleh kerajaan walaupun baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Rakyat sekarang telah bebas untuk menulis apa sahaja di ruang siber bagi meluahkan pendapat dan idea mereka tentang sesuatu perkara tanpa mengira sensitiviti pihak lain. Makian, cacian dan kutukan yang tidak berasas merupakan perkara biasa di alam siber. 


Sejauh manakah kebebasan siber dapat menjamin kestabilan perpaduan di Malaysia?. Kebebasan siber yang diberi telah disalah gunakan oleh pelbagai pihak untuk meraih perhatian tanpa mengetahui ianya akan mengundang pelbagai masalah di dalam negara.

Cukuplah kita mengambil 2 akta iaitu Akta Hasutan 1969 dan Akta Fitnah 1957 sebagai contoh. Sejauh manakah pihak berwajib mampu untuk memantau bahan-bahan dan kandungan di ruang siber ini dari terus menghasut dan memfitnah.


Di samping itu, semangat perkauman di Malaysia yang kuat telah mendorong tertubuhnya pelbagai versi kelompok masyarakat yang bukan sahaja hanya berjuang untuk bangsa masing-masing, tetapi juga berjuang untuk parti politik, kelab peminat dan pelbagai lagi gerakan-gerakan pertubuhan. Semangat asabiyyah menjadikan mereka agresif apabila disentuh. Keadaan ini telah menyebabkan pelbagai berita dan isu yang kumpulan-kumpulan ini wujudkan di ruang siber sebagai medan untuk mereka berbalas idea. Idea-idea inilah yang kadang-kala boleh diragui kesahihannya dan berita-berita inilah yang akan mengundang fitnah. Sebagai hasilnya, golongan-golongan yang malas untuk mengkaji pula akan menerima berita ini bulat- bulat dan menyampaikannya pula kepada orang lain. Sudah tentu kita tidak mahu situasi darurat membelenggu negara jika isu-isu sensitif seperti sentimen perkauman  dibangkitkan.


Diharapkan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib ini tidak indah hanya pada gaya dan sebutan sahaja. Buktikanlah bahawa rakyat Malaysia boleh bersatu.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun dan bertanggungjawab, haruslah diingatkan bahawa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Berfikirlah dengan rasional apabila hendak membuat kenyataan di alam siber. Sesungguhnya kebenaran di alam siber ini masih samar. 

Wednesday, 11 April 2012

Permulaan

Kupanjatkan rasa syukur
Telapak tangan meminta
Hati kudus dilapangkan seluasnya
Tunduk mengakui segala yang ada
Milik Nya yang baqa' 


Ku akui salahku
Ku akui silapku
Ku akui sifatku
Ku akui siapa diriku